Tuesday 28 February 2012

Bidalan

Bidalan adalah susunan bahasa yang menarik dan mudah 'melekat di mulut orang ramai'. Ia merupakan bahasa kiasan yang digunakan untuk melahirkan fikiran yang tajam, tepat, mengandungi perbandingan, teladan, pengajaran, nasihat, dan kata-kata hikmat.

Kamus Dewan edisi keempat (2007), bidalan merupakan kata-kata yang sering kali disebut dan yang mengandungi nasihat, peringatan dan sebagainya. Bidalan  termasuk dalam kiasan Melayu sejak dahulu lagi yang diamalkan dalam masyarakat Melayu ketika dalulu yang tergolong dalam peribahasa Melayu tradisional namun pada masa kini bidalan agak kurang di amalkan dalam kehidupan seharian. Bidalan juga merupakan susunan kata-kata yang telah digunakan umum dalam masyarakat Melayu. Di dalam bidalan terkandung perbandingan, teladan, dan pengajaran. Unsur ini penting di ketahui oleh masyarakat Melayu. Bidalan juga merupakan peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat seperti perumpaan, bidalan juga mempunyai maksud dua lapis. Bagaimanapun bidalan tidak didahului oleh kata sendi nama seperti, bagai, laksana dan umpama. Menurut Abdullah Hassan, bidalan ialah pepatah atau peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat. Bidalan menggunakan perkataan-perkataan seperti hendaklah, jangan, biar, lebih baik, harus dan usah.

Menurut Muhammad Said (1992) pula dalam bukunya mengatakan bidalan itu cakapan terus dan kiasan bercampur, kadang-kadang cakapan itu berlapis seperti contoh ‘kata’ iaitu kerbau dipegang talinya, manusia dipegang katanya. Perbezaan antara bidalan dengan pepatah ialah bidalan lebih kerap digunakan, mempunyai nilai, ilmu dan pengajaran, sedangkan pepatah lebih ringkas sifatnya dan tidak mempunyai pengajaran. Pepatah juga merupakan perbilangan yang menggunakan kata bilangan.

Menurut Profesior Mohd. Taib Osman pula untuk memahami puisi Melayu lama termasuk bidalan, kita mesti menyedari bahawa ada daya cipta yang terkandung padanya, walaupun bentuk yang digunakan sudah ditentukan. Masyarakat Melayu lama adalah masyarakat yang mempunyai lapisan kemsyarakatan dan cara hidup masing-masing golongan itu mempunyai ciri-ciri perbezaan pula. Jelas, bidalan itu kata kiasan yang mempunyai makna yang tersirat dan menjadi teladan dan pengajaran untuk diikuti dan dihayati. Ia juga menunjukkan betapa orang Melayu begitu kreatif untuk menyampaikan sesuatu misalnya nasihat, kebijaksanaan, pengajaran atau isi hati dan perasaan jiwa mereka.  Bidalan juga memberi teguran dan pengajaran agar berhati-hati dalam kehidupan supaya tidak menyesal kemudian hati.

Bidalan juga mempunyai peranan yang sama sebagaimana puisi-puisi warisan Melayu yang lain baik dalam bahasa rasmi mahupun dalam kehidupan seharian mereka seperti untuk menegur, menyindir secara halus atau mengkritik. Di samping itu, peribahasa juga mendokong falsafah didaktisme yang tinggi dalam masyarakat Melayu zaman silam. Malah dalam masyrakat Melayu hari ini bidalan terus berperanan sebagai alat sindiran dan teguran yang amat praktikal dalam konteks mengkritik dan menegur dengan redha yang halus. 

Peribahasa bidalan juga tidak terkecuali diketengahkan dalam pendidikan di sekolah sama ada pada peringkat sekolah rendah, menengah rendah, menengah atas sehinggalah peringkat universiti. Bidalan harus diketahui oleh masyarakat kini agar tidak pupus ditelan zaman. Langkah memasukkan dalam pemebelajaran merupakan langkah yang cukup baik untuk terus menghidupkan peribahasa Melayu.     

Terdapat banyak koleksi bidalan yang dimiliki oleh masyarakat Melayu.
Contoh bidalan:
  1. Jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahitkerja yang dimulakan hendaklah diselesaikan.
  2. Jangan bijak terpijak, biar bodoh bersuluhJangan berasa diri bijak tetapi dihina orang, biar bodoh asal bertanya, pasti akan berjaya.
  3.  Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan didugaKalau tidak mahir dalam sesuatu bidang itu, akibatnya buruk.
  4. Ada gula ada semutorang akan berkumpul ditempat yang banyak mendatangkan rezeki.
  5.  Air yang tenang jangan disangka tiada buayajangan disangka orang yang pendiam itu atau tenang tidak berbahaya.
  6. Ada udang disebalik batumempunyai niat sesuatu disebalik pertolongan yang diberikan.
  7. Alah bisa tegal biasapekerjaan susah akan menjadi senang jika selalu dilakukan.
  8. Baik bawa resmi padi, jangan bawa resmi lalangkita hendaklah merendah diri dengan kelebihan yang dimiliki, bukan menjadi sombong.
  9. Belum duduk sudah belunjurmembuat sesuatu kerja yang belum sampai masanya.
  10. Bumi mana tidak ditimpa hujansetiap orang tentu pernah melakukan kesalahan.
  11. Biar genting jangan putus - lebih baik rugi kecil, jangan rugi besar.
  12. Besar periuk, besarlah keraknyasemakin besar pendapatan, semakin besar perbelanjaannya.
  13. Bertemu buku dengan ruasseseorang yang bertemu lawan yang sama kuat.
  14. biar tersengat, jangan tertiaraplebih baik menanggung sedikit kesusahan daripada terus menderita.
  15. Biar lambat asalkan selamatmembuat sesuatu kerja dengan berhati  - hati supaya sempurna.
  16. Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga- Maksud lapis pertama jelas dan maksud lapis kedua merujuk orang yangs edikit ilmu dan pengalaman supaya tidak mencuba sesuatu yang rumit.

                         

Monday 27 February 2012

Simpulan Bahasa

CIRI-CIRI SIMPULAN BAHASA

1. Terbentuk daripada penggunaan kata nama am. Contohnya:
anak buah, buah tangan, dan lipas kudung.
Anak, buah, dan lipas masing-masingnya sebagai kata nama am.

2. Terbentuk daripada penggunaan kata kerja. Contohnya:
ajak-ajak ayam, buat bodoh, dan pasang telinga.
Ajak, buat, dan pasang masing-masingnya sebagai kata kerja.

3. Terbentuk daripada penggunaan kata adjektif. Contohnya:
besar kepala, bodoh sepat, dan kecil hati.
Besar, bodoh, dan kecil masing-masingnya sebagai kata adjektif.

4. Terbentuk daripada penggunaan kata nama khas. Contohnya:
Abu Jahal, Mat Jenin, dan Pak Kaduk.
Semua ini sebagai kata nama khas.

5. Terbentuk daripada nilai kepercayaan. Contohnya:
air pinang, batu buyung, dan makan bulan.
Semua ini ada kaitan dengan kepercayaan orang Melayu.

6. Simpulan Bahasa yang berkaitan dengan tubuh badan. Contohnya:
Gigi air, kepala santan, Hati batu, kecil hati, Kaki judi, ringan kepala, Lidah bercabang, telinga kuali, mata keranjang, dan anak mata. Lihat contoh, hati batu bermakna seseorang yang degil dan tidak mahu mendengar kata.

7. Simpulan bahasa yang berkaitan dengan haiwan.
Saudara anjing, akal kancil, ajak-ajak ayam, biawak hidup, buaya darat, darah ikan dan sebagainya. Lihat contoh, akal kancil menggambarkan seseorang yang sangat pandai.

8. Simpulan bahasa yang berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan.
Durian runtuh, delima merekah, sirih kuning, diam ubi, tangkai jering dan sebagainya. Sebagai contoh, tangkai jering memberi gambaran seseorang yang sangat kedekut.

9. Simpulan bahasa yang tidak termasuk dalam mana-mana kategori.
Jadi abu, cincin tanda, hujan panas, putih mata, serkap jarang, kurang ajar, buah mulut, buku lima dan lain-lain lagi. Contohnya, buah mulut bermaksud sesuatu yang menjadi percakapan orang lain.


JENIS-JENIS SIMPULAN BAHASA

1. Simpulan bahasa yang mempunyai dua makna. Contohnya:
(a) ada angin:
·         mempunyai kemahuan atau keinginan untuk mendapatkan sesuatu.
·         sikap atau perasaan seseorang yang suka meninggi diri.
(b) anak buah:
·         orang yang berada di bawah pengawasan seseorang ketua seperti ketua pejabat atau penghulu.
·         anak saudara.
(c) langgar bahasa:
·         bercakap dengan menggunakan bahasa yang kasar.
·         tingkah laku atau kelakuan yang tidak sopan atau melanggar adat.

2. Simpulan bahasa yang berlainan tetapi mempunyai makna yang sama. Contohnya:
Seseorang yang tidak mempunyai perasaan malu.
muka talam, muka tebal, dan muka tembok.
Seseorang yang sudah lanjut usianya tetapi perangai tidak senonoh atau jahat.
tua keladi, tua kutuk, dan tua lengkuas.

3. Simpulan bahasa yang memaparkan kelakuan dan perangai seseorang seperti ”Tua
keladi” yang bermaksud seorang lelaki tua yang tidak sedar diri dengan
berkelakuan miang dan ingin mengorat wanita lain. Walhal diri sendiri sudah tua. Contoh lain seperti ”Berat tulang” iaitu orang yang pemalas.

4. Simpulan bahasa jenis aktiviti pula menunjukkan aktiviti ataupun rancangan seseorang. Contohnya ”Makan angin” yang bermaksud seseorang yang ingin melancong ke luar negara.

5. Simpulan bahasa jenis kebolehan pula digunakan bagi menunjukkan kepandaian dan ketidakpandaian seseorang. Contohnya, ”Ayam tambatan” bagi mengambarkan seseorang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan. ”Kaki bangku” pula menunjukkan seseorang yang tidak pandai bermain bola.

6. Adat istiadat seperti ”Anak emas” yang bermaksud anak yang disayangi ibubapa melebihi anak-anak yang lain.

7. Budaya hidup seperti cara hidup yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat seperti ”Ajak-ajak ayam” yang bermaksud seseorang yang tidak ikhlas memperlawa orang lain.


Penggunaan simpulan bahasa dalam ayat adalah seperti berikut:


1. Aminah menjadi anak emas keluarganya kerana dia rajin belajar.

2."Jangan berkaki ayam ketika bermain, nanti terpijak kaca," kata ayah

3. Minggu lepas kami sekeluarga makan angin ke   Langkawi

4. Dia ringan tulang sebab itu dia disukai ramai.


Slaid Etika Penggunaan Internet

Etika Penggunaan Internet


Penggunaan Internet dengan cara yang tidak bertanggunjawab adalah dianggap sebagai pelanggaran tatacara yang boleh mengancam keselamatan, keutuhan dan kerahsiaan maklumat, melemahkan sistem ICT dan pengurusan rekod elektronik, menggangu sistem rangkaian ICT dan merosakkan imej Perkhidmatan Awam. Oleh yang demikian, amat penting bagi setiap pengguna internet mengetahui etika dan tatacara penggunaan internet dengan betul bagi menjamin keselamatan sistem ICT tersebut.

Wednesday 22 February 2012

Tapak Pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 4

Pak nordin seorang penternak binatang



Slide contoh tapak pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 4.
 Tema : Haiwan dan Tajuk : Pak Nordin Seorang Penternak Haiwan.
Slide juga mengandungi RPH dan langkah-langkah untuk mengajar.


View more PowerPoint from fazri Rahim

Tutorial Pembelajaran Bahasa Melayu

Tutorial pembelajaran



Contoh Tutorial Pembelajaran Bahasa Melayu dengan tajuk tatabahasa.
Tatabahasa terdiri daripada simpulan bahasa, pepatah, bidalan dan banyak lagi.


View more PowerPoint from fazri Rahim

Asal Usul Bahasa Melayu

Bahasa Melayu ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia, Indonesia dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan  di sekitar Jambi dan Palembang. Rekod terawal bahasa melayu kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh  682 Masihi yang dijumpai di  Sumatera Selatan.
Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, dan ,Brunei,  serta salah satu bahasa rasmi di Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu secara rasminya dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Selatan Thailand, dan Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.
Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa mandarin, bahasa inggeris dan bahasa Hindi / Urdu. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu. B
Bahasa Melayu Piawai ialah Bahasa Melayu Riau, Indonesia, seperti yang dipersetujui oleh Indonesia, Malaysia, dan Brunei. Bahasa Melayu Riau dianggap tempat kelahiran bahasa Melayu. Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali. Pada awal 1970-an, Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun sejak akhir-akhir ini, nama "Bahasa Melayu" digunakan semula. Bermula tahun 2007, bahasa kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada Bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum. Di Indonesia, bahasa Melayu juga dikenali sebagai Bahasa Indonesia atas sebab persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia iaitu Sumpah Pemuda tahun 1928. Di Singapura dan Brunei, Bahasa Melayu tidak mengalami sebarang perubahan nama.
Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Misalnya,Bahasa Melayu Riau-Johor berbeza dialek dengan Bahasa Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu. Melayu Riau-Johor menggunakan dialek "e" sedangkan Bahasa Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu menggunakan dialek "o". Selain itu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat peranakan atau Cina Selat (campuran pendatang Cina dan penduduk asal) merupakan campuran antara Bahasa Melayu dan dialek Hokkien. Bahasa ini dahulunya banyak digunakan di negeri-negeri Selat seperti Pulau Pinang dan Melaka. Walaubagaimanapun, kini kaum peranakan lebih gemar berbahasa Hokkien atau Inggeris. Bahasa Melayu merupakan bahasa aglunitatif bermaksud makna perkataan boleh diubah dengan menambah imbuhan tertentu. Umumnya, kata dasar (atau kata akar) terdiri daripada kata kerja.
Penggunaan Bahasa Melayu di negara-negara ini berbeza kepada sejarah dan budaya. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi di Malaysia pada 1968, tetapi Bahasa Inggeris masih digunakan dengan luas terutama sekali di kalangan masyarakat Cina dan India, sama seperti di Brunei. Berbeza di Indonesia, Bahasa Indonesia berjaya menjadi bahasa perantaraan utama atau lingua franca untuk rakyatnya yang berbilang kaum kerana usaha gigih kerajaan Indonesia dalam menggalakkan penggunaan Bahasa Indonesia selain Bahasa Belanda yang tidak lagi digunakan. Di Timor Leste, sekarang terlepas dari Indonesia menjadi negara Timor Leste, Bahasa Indonesia diterima sebagai "bahasa berkerja". Di Singapura, Bahasa Melayu dikekalkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan walaupun Singapura mempunyai empat bahasa rasmi (iaitu Bahasa Inggeris, Cina, India, dan Melayu.) Di selatan Thailand, bahasa Melayu digunakan oleh orang-orang daripada Kesultanan Melayu Pattani (orang Melayu Pattani), tetapi tidak memperolehi sebarang pengiktirafan daripada kerajaan.

Tuesday 14 February 2012

Contoh Ayat Gramatis Bahasa Melayu


1) Frasa bagi menggambarkan kegembiraan

  • hatiku terlonjak keriangan
  • bibirnya mengukirkan senyuman
  • deraian ketawa memecahkan kesunyian
  • menguntumkan senyuman yang melebar sehingga jelas kelihatan barisan giginya yang putih
  • wajahnya yang kelihatan berseri-seri itu menandakan keriangan yang benar-benar dirasai
2)Frasa bagi menggambarkan kesedihan

  • hatiku sebak menahan kepiluan
  • deraian manik-manik putih menitis di pipinya yang gebu
  • airmata bergenang di kelopak matanya yang bulat bersinar duka yang terlara
  • hatiku remuk-redam menanggung kekecewaan
  • hatiku hancur-luluh bak kaca yang terhempas di lantai
3)Frasa bagi menggambarkan ketakutan

  • peluh sejuk mengalir di tubuhku
  • aku tercegat, berdiri kaku, membisu seribu bahasa
  • tubuh menggigil, menggeletar ketakutan
  • darah berderau
  • mata terbeliak, terperanjat
4)Frasa bagi mewujudkan unsur suspens

  • lembaga hitam berlalu pergi sepantas kilat di hadapan
  • derapan tapak kaki kedengaran
  • burung hantu bersahutan di tengah-tengah malam yang buta
  • anjing menyalak pada malam bulan yang sedang mengambang
  • daun-daun kering berguguran setelah ditiup angin kencang
  • angin bersiulan di luar pintu
  • awan hitam menandakan hujan akan turun dengan lebatnya
  • kita perlu mengorak langkah